BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

♥ Followers ♥

♥ سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم ♥

If you don't like me, someone else will. If you're not missing me, someone else is. If you don't love me, someone else does... :)
I'm the type of girl who wears sweatshirts and jeans all the time but can dress nicer when I want to.

I'm the type of girl who is loud and talkative but quiet when I'm sad. Basically, I'm not your average girl but I just wish someone would accept me for it.

I may not be a good ummah, a good daughter, a good student, a good friends, a good listener, a good girlfriends, a good in everything but... I'll try to be my best ;)



Yes, I'm Taken & I'm Gettin Married Soon! | YahoOoOOoOOOOo!

Sunday, December 25, 2011




‎(*¯︶¯*) .. i feel sooo happy today... but a bit sad too... coz this would b my last bday for me as a
bachelor... next year's bday ill b Mrs Aizat.. (*^﹏^*) yayyyy!!!

"Alhamdulillah.... selesai juga majlis kecil2an kami... terima kasih buat semua yg hadir... insya'allah majlis perkahwinan sy, akn sy jemput... :) doakan yg terbaik buat sy yer....."

" Abang ~ ... Thanks For Everything.. Definitely I'm Looking Forward For Our Big Day.. Thank you to our beloved parents too (esp mama) and our close relatives!! Without All Of Them, These Won't Come Into One Piece.. In fact This Is The Most Memorable Birthday Ever For Me .. This Is My Bday Present From All Of You... I Do Hope We Could Be A Cute, Adorable & Loving Husband & Wife ~ I Believe We R In That Category Already ~ Only Solemnization Would Make It Perfect ! ♥ U Always.. "

~ Facebook Status on 24.12.2011 & 25.12.2011 ~ 


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Alkisahnya... jam 12.20 tengahari ~ 24hb Disember 2011 .. Rombongan belah future hubby datang.. 3 buah kereta.. parents, kak yani sefamili, wawa, haqe & cik tam sefamily serta cik harun.. Belah aku plak semua yg terapat (hanya segelintir sahaja) ... Mama, Abah, Atok & Opah, Cikya Sekuarga, Angah Sekuarga, Pakcik Sekuarga, Mak Neng, Opah Pizah, Mak Ana, OPah Cik, Yong Mimi, Yong Basyirah .. and jiran sebelah.. (sounds like too many ppl aight?) heheh... tu sikit je tuhhh...

Sebenar²nya tujuan rombongan datang adalah untuk merisik... tetapi kami dah kenal lama.. lebih 5 tahun.. so merisik sekali meminang n tetap tarik trus lah kiranya rombongan belah future hubby nk datang berbincang skali..  Aku biasa berjumpa dengan seluruh family future hubby dan beliau pun begitu jugak.. time turun ipoh pon, sllu join kenduri kendara belah aku.. atok n opah dibuatnya macam atok opah sendirik dah.. mama aku pon dipanggil mama dah... cuma abah aku jek belum pernah participate dengan semua ni.. kiranya kehadiran pihak sana lebih kepada MEMINANG dan trus bicangkan hal2 perkahwinan seperti Mas Kahwin, Wang Hantaran, Jumlah Dulang Utk Barang Hantaran.. Aku time tu kna dok kat ruang makan, takleyh ada time rombongan tiba n bincang2 hal yg terlibat.. tengah aku tunggu dok kat ceruk ruang dining table, tetibe mak aku panggil aku.. terpinga2lah gak.. apekeheinya tetibe panggil aku nih.. ingtkan takyah nk kena tunjuk muke... adeihhh.. BLURRRR... then aku kuar je, semua mata bertumpu kat aku.. rasa macam nk pengsan pon ade.. rasa cam kembang kempis pun ada.. tak keruan! nak senyum ke? Nak sengih ke? aku rasa muke ahuhuhu... rupa2nya, perbincangan mereka lebih kurang begini :

Belah Lelaki : Kita setuju , nak tanya jugak tuan badannya setuju ke tidak..
Belah Perempuan : Ha, baiklah...
Mama dan Lain² : Ainn.. Ainn.. mari kejap

 dup dap dup dappp.....
jantung aku rasa nk meletup pon ada.. suke campur takut..

Aku : Ye ma.. 
Mama dan lain² : Gi kat mak dia, nk sarung cincin tuh..
Aku : Ermmm.... (sambil ke Ibu - Bakal Mak Mertua)

Cincin disarungkan ..
dup dap dup dappp.... dup dappp... kedebuk kedebak... 
Bleyh la plak aku lupe nk salam... hadhoinyepon!!!
Naseb bek Abang Zul (Bakal Abang Ipar) suh aku salam ibu pasal nk tangkap gambo..
Dah ler time salam aku cepat2 jek... semua org tak sempat nk tangkap gambo!
Aku pon berselorohla cakap, "Ok, kita replay balik"
Semua org gelak.. So aku bersalam n ciumlah tangan ibu.. n adalah gambo elok sikit! huhuh...

Lepas selesai tu semua, beralih pulak bincang tarikh kahwin..
tarikhnya : 

Bertukar Hantaran ~ Pada Hari nikah belah pagi 
Nikah ~ 25th May 2012 (Jumaat)
Sanding ~ 26th May 2012 (Sabtu)
Belah Lelaki ~ 03rd June 2012 (Sunday)

Alhamdulillah semuanya selesai ..
Cik Abang aku pun, terus call aku (hakikatnya dia kat luar dan aku kat dalam)..
berkali2 die cakap dia seronok sangatg.. bahagia dsbnya.. dan berkali2 tanya cincin ok ke..risau sangat Cik Abang aku nih takot aku tak berkenan dengan pilihan design cincin nih.. Seriously semua yg die pilih xkira apa pun, ikut tase aku.. FYI, aku ni FUSSY GILER... tapi syukur alhamdulillah Cik Abang aku nye pilihan sangat kena ngan selera aku... cuma besar sikit cincin ni... aku saiz 17.. yg nih 18.5 .. takpeee... leyh je pakai... kalau takut jatuh melorot, pakai kat jari tengah...  tapi aku pakai je kat jari manis aku belah kanan ni ha... insya'allah tak jatuh.. :) Sayanggggggg Abang!!! Kiranya aku anggap aku nih dah bertunanglah.. sbb dah lama aku setujuk nk tawen ngan Cik abang.. huhuh... tak caya? Meh baca ni meh.. :

Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin. والله اعلم

So, knapa aku tak bertunang je trus? Ha... good question... Y? Pasal kalau ikut adat melayu, tunang nk kena buat majlis jugak.. panggil org semua.. ala.. macam kawen tapi kecik sikit dr kawen.. but still ada pelamin dan satu lagi kena dah bawak barang2 hantaran semua... just imagine, kalau aku bertunang skrg, time kawen biasanya org tak bg lagi .. kalau bagi pun xbyk dah.. mama aku takmo camtuh.. mama nk time nikah, ada brg hantaran.. barulah syiokkkkk... bukan utk menunjuk.. tapi dapat rasakan aura kawennn... :) dan aku katakan YA kat mama aku!... BUkan Ya untk YaKulT! :P

Insya'allah majlis aku nnti akanlah ku jemput mereka yg kenal aku... kalau yg xkenal, tapi nk join gak makan, erm.. aku halalkan jek... hehehhehe.... pape nnti aku update lagi pasal tema kawin, barang hantaran n so on.. :)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

FYI , definition  MERISIK :

Merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka. Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. 

Definition MEMINANG & BERTUNANG :

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. 

2 comments:

meenhariz said...

hapy aku dengar cite ko nie ain... aku sangat hapy untuk ko.... aku harap ko bahagia sampai bile2... love u...

Ainn Razak said...

Thanks meennn!!! ♥ u too!! nnti jom lah datang majlis aku.. xd lah segrand ko.. sweet n simple.. tu lebih afdal kan.. :) Insya'Allah...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...