BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

♥ Followers ♥

♥ سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم ♥

If you don't like me, someone else will. If you're not missing me, someone else is. If you don't love me, someone else does... :)
I'm the type of girl who wears sweatshirts and jeans all the time but can dress nicer when I want to.

I'm the type of girl who is loud and talkative but quiet when I'm sad. Basically, I'm not your average girl but I just wish someone would accept me for it.

I may not be a good ummah, a good daughter, a good student, a good friends, a good listener, a good girlfriends, a good in everything but... I'll try to be my best ;)



Selamat Tinggal 2011, Welcome 2012! | Jom doa tahun baru sekali!

Saturday, December 31, 2011

Yes... 2011 dah nk melabuhkan tirainya dah.. dan ini merupakan post aku yg terakhir buat tahun ni.. Seriously baru perasan dah nk masuk tahun baru.. Banyak la suka duka yg berlaku pada tahun ni... Kebiasaannya aku akan tengok balik pada setiap penghujung tahun, apa yg telah aku accomplished ? benda ni baru jek start sejak tahun 2008 (abis degree) . Kat bawah ni ada timeline sket ape yg aku recorded in my memory tentang beberapa target aku telah aku capai ~Alhamdulilah :


Tahun 2008 
- Aku dapat kerja sbg lecturer MLT di ipoh.. and time tu aku baru jek abis practical degree aku 3 bulan.. cert degree pon blum dapat pasal convo bulan 4, 2009 .. tapi syukur alhamdulillah aku dah dapat kije.. ~ Alhamdulillah
- Pastu My 23rd Bday present, abah bayarkan downpayment kete 10% for my first car~ Alhamdulillah

Tahun 2009
- Konvo Degree, accomplished macam² dalam kerjaya aku~ Alhamdulillah
- December 2009 plak aku enrolled kat UPSI , sambung Masters.. ~ Alhamdulillah

Tahun 2010
- Aku resign after 2 yrs working kat situ sbb health condition (Slipped Disk - agak truk sampai takleyh berjalan n makan months n months utk recovered)
- Focus ngan masters, dapat 4.0 ~ Alhamdullillah

Tahun 2011
- Bulan 10 start apply kije since aku dah boleh start kije balik , end of bulan 11 til bulan 12 dapat 6 interviews.. 3 sangkut, 2 declined, 1 accept  .. so after calculated all these, lebih kurang sebulan lebih apply kije n interview sana sini, syukur alhamdulillah , Allah telah kurniakan rezekiNYA pada aku.. yg terbaikk... since ini yg paling aku suka (teaching!!)
- 24.12.2011 ~ Bday aku yg 26th, rombongan meminang datang.. syukur Alhamdulillah parents aku kasik aku tawen.. Insya'allah akan bina masjid bersama Aizat Muhamat Khazali pada 25.05.2012 ~ Ameen
- 28.12.2011 ~ Good news! dpt kije as Biology Teacher in KYUEM, Lembah Beringin
- 31.12.2011 ~ Happy ending!!!



Tahun 2012 ( My Goals)
- Jaga solat, solat ikut time!!!
- Jadik anak yg baik, patuh dan membangggakan mama abah atok and opah...
- Kena completekan Masters 
- Kena Tawen akhir bulan 5
- Kena Truskan Phd end of 2012 (december)
- Kena kuat study since akan start mengajar balik
- Kena belajar bersabar bila OTR since aku ni pantang tengok org bangang² bawak kete
- Kena rerajin masuk ke dapur belajar ape yg patut (yess... aku xreti masak mkn yg berlauk2 ni.. sbb aku kureng sket makan yg berlauk2... uhuk! #alasanLaTu!!!
- Kena jaga diri , health, skin, emotional state too!
- Yang paling penting kna kurangkan stress! Belajar buat muke toyeeee
- Jangan boros! (yea.. aku kuat perabih duit)
- Kena belajar kedekut sikit sbb nk kna simpan duit utk tawen (utk beli barang hantaran jek kata mama, yg len abah tanggung..yay!!)
- Kena ayu² sikit... dan last sekali kena reduce weightttt!!! (ye aku tau aku plum sized.. tapi comeyyy apeeee!!!)

|
|
|
|
|
|

Comey Kan Kan Kan??? (Uhuks...!!!)
yer.. sy suke perasan.. lagipun mmg semua ciptaan Allah indah² belaka kan? ececececececec..

-------------------------------------------

Okeyh.. tu pasal previous resolutions and 2012 resolutions!! whud about tonight? ada yg nk g celebrate ke? Seriously aku tak penah g celebrate ngan kengkawan g dataran ke, lepak kat kedai ke hape... For example, ada yg g kuar mabok2, jumpe geng itu ini, sembang2 sampai pagi bute, pastu ada plak yg jumpe je jantan / betine mane²ntah, buat yg xsenonoh (I know U know what I meant just now...ewww!!) ... Ape kata kite start tahun baru ni dengan MUSAHABAH diri.. eh.. betoi ke.. ke MUSABAHAH? errkk.. ke MUSABASAH??? hahahahhah!! (just kidding coz aritu leyh plak blur ngan  my mummy asal this word!)...
Ok. ok.. sambung balik... byk yg boleh kite buat / tak buat langsung sempena nk tahun baru ni.. 

First of all, nk tanye nih... apekes nk sebok² sambut new year? dah cukup bagus kaaaaaa? Da tererrrr sangat kaaaaaa? Tepuk dada tanya selera... sambut menyambut ni biasa kalau da accomplished something baru leyh dok canang satu dunia (kalu nk lah.. depends la ngn korang.. I x kesahhh~!!) .. ini yg tahun 2011 pon xd dpt hape, sibok nk kejor tahun 2012... ate.. kome ingat kejor yob kejor tu leyh ke kejor? tak terkejor yob daahh.. tak lalat larat dah... 

Secondly, ce pikior ape pekdahnye g celebrate (g konsert, campur laki pempuan, bersesak-sesak, bau etc)? Ape kate buat korang yg ada kenderaan and yg berkemampuan serta berkesempatan leyh la pilih beberapa cadangan... Serentak di tempat yang sama (Shah Alam). Pilih yang membawa kebaikan bukan kemungkaran :

a) Ceramah Countdown Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Dataran Shah Alam
b) Ceramah Syeikh Nuruddin di Masjid Shah Alam
c ) Konsert bersama Perdana Menteri di I City Shah Alam (Erm...selamat membuat pilihan yang tepat.. :)

Di harap saudara saudari sekalian taklah tergoda ngan cadangan (c).. huhuhuh... ok pendek cite, memasing da beso panjang, Lu Pikior Le sindri!

Thirdly, maksud tahun baru adalah umur makin meningkat jugak.. So pls act and talk wisely... dr yg sellu KONGHAJOR ngan org len, tak reti nk UMPAMAKAN ORANG, ce pk sket.. ape yg anda dapat daripada bersikap sebegitu? ohh.. sy lupa.. anda dapat ganjaran yg di catit oleh malaikat sebelah kiri kan? uhukkks!!! 

Seterusnya......

Jika anda bekerja sbg customer service consultant / jage counter / jaga tol / jaga ape2 yg boleh dijaga, sila belajar bagaimana nk improvekan diri anda.. jgn makan gaji buta.. jgn lalai dengan tanggungjawab anda.. Tugas anda tu mmg perlukan kesabaran.. ye sy paham kengkadang ada org tanya soklan cepu emas sampai rase nk hempuk² jek kan..? tapi nk buat camner.. kita tetap kna belajar atasinya secara PROFESSIONAL.. ingat!! 

Seterusnya.....

Kalau rasa² nk jadik road bully, ingat... mungkin org yg anda buli itu sebenarnya adalah 80x ganda dasat drpd anda.. jgn ingt perempuan bawak kete penuh ngan barang pink, anda boleh buli.. ohh tidakk.. sila tengok keretanya dahulu.. byk kesan langgar / calar ke tidak? jika ada, sila jgn carik pasal... kerana perempuan cute yg gemarkan warna pink jugak pandai mengamuk!! huhuhuhuh

Dan lagi.......

Senyum... jika mmg anda ni muke pesennya jenih kurang senyum, pendek cite org dah labelkan muke anda tu macam muka *##^!**@%%^$^%#, apa lagi? pasangla azam baru utk cuba senbyum.. bukankah senyum itu satu sadakah? Jom sama² renungi ayat² kat bawah ni :

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


Dan Lagi-lagi....

Firman Allah dalam surah al-‘Asr:

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya: Demi Masa! (1)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – (2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

takutkan... kita selalu sangat leka. [termasukla aku.. :'( ]
Jom tengok lirik lagu Raihan ~ Demi Masa :

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh


-------------------------------------------------


Last But Not least : ‎

Sesungguhnya akan merindui tahun 2011, byk pahit manis yg telah aku lalui tahun ni.. ada yg baik, ada yg tidak.. sangat sangat sedih pon ade... pendek citer, tahun 2011 ni aku nk tutup sungguh² dan simpan baik² dlm kotak memori ini utk dijadikkan kenangan dan panduan buat tahun² yg akan datang.. Aku hanya insan yg hina di sisi Allah s.w.t tapi masih ada masa dan ruang utk berubah ke arah yg lebih baik.. lebih baik drpd tahun yg sebelum²nya..

"Tutuplah tahun ini dengan muhasabah diri, intai dan renung mana yang masih belum tercapai. Bukalah tahun hadapan dengan susunan azam, moga impian dan cita-cita akan tercapai. Kenangkan tahun ini sebagai sebuah pengajaran dan pengalaman, nantikan tahun hadapan dengan sebuah keterujaan dan keyakinan."

Opps... sebelum tu.. Jom tengok doa tahun baru dan jom dengar khutbah tahun baru ni Tahun Baru Disambut, Seruan Allah DiIkut [Click Here]:

DOA TAHUN BARU


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini,
Insya'Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan
dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda
dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim.
yang awal dan ke atas kelebihanMu
yang besar dan kemurahanMu
yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu
di sepanjang tahun ini dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap
diri yang diperintahkan melakukan kejahatan
dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini,
maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Dengan ini, secara rasminya aku published post yg terakhir buat tahun 2011 ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...